Bahasa:

Situs ini dibuat dengan menggunakan data Wikimapia. Wikimapia merupakan konten terbuka proyek peta kolaboratif hasil kontribusi dari para sukarelawan di seluruh dunia. Yang berisi informasi tentang 32353268 tempat dan akan terus bertambah. Pelajari lebih lanjut tentang Wikimapia dan panduan kota.

Komentar terakhir Kota Bogor:

  • Kejaksaan Negeri Bogor, muhammad ramdhan (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    Buat Jaksa Awaludin dan hakim kota bogor dan indonesia Hakim mempunyai peranan dan martabat yang sangat penting dalam masyarakat. Keadilan banyak bergantung kepada ketelusan, integriti dan kesaksamaan mereka dalam proses penghakiman dan kejituan mereka ketika menjatuhkan hukuman. Keadilan juga bergantung kepada darjat kesaksamaan sesuatu pola undang-undang yang digunapakai atau dikuatkuasakan. Semakin tinggi kebijaksanaan perumus sesuatu pola perundangan, semakin tinggi merit dan nilai keadilan yang dapat dinikmati oleh khalayak rakyat dan orang ramai. Meskipun manusia dengan segala kebijaksanaan dan kepakaran mereka bersama boleh menampilkan suatu kebijaksanaan menghasilkan pola perundangan yang baik, namun Allah S.W.T sebagai Tuhan yang mencipta manusia jauh lebih bijaksana dan jauh lebih adil berbanding manusia; walau betapa bijak dan pakar mereka sekalipun. Sebab itu Allah S.W.T menegaskan dalam firmanNya: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah), nescaya Allah akan melipatgandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya.” An-Nisa’: 40 Allah S.W.T menegaskan lagi: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri.” Yunus: 44 Penegasan hal ini dapat dilihat dalam surah At-Taubah ayat 70, Al-Ankabut ayat 40, Ar-Rum ayat 9, Al-Imran ayat 117 dan banyak lagi ayat lain yang menegaskan kemutlakan keadilan dan kebijaksanaan Allah S.W.T melalui ketentuan perundanganNya yang sangat adil. Namun realitinya, sebahagian umat Islam sudah tidak lagi yakin bahawa undang-undang Allah S.W.T yang adil itu boleh memberikan keadilan. Mereka lebih yakin undang-undang ciptaan manusia lebih sesuai dan adil. Oleh itu, hakim-hakim mereka melaksanakan tuntutan undang-undang ciptaan mereka dengan harapan akan mendapatkan keadilan. Meskipun undang-undang tersebut zalim dari persepsi syariat, namun mereka tetap mendambakan keadilan atau kadar kezaliman yang paling minimum dengan undang-undang ciptaan manusia yang serba berkepentingan dan memihak kepada orang yang berkuasa dan berpengaruh. Sebab itu mereka tidak mungkin bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat. Luahan kekesalan mengenai undang-undang ISA dan perlaksanaan undang-undang yang tidak adil dinyatakan dengan jelasnya oleh saudara Zaid Ibrahim dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri Malaysia. Beliau menegaskan: Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang tidak demokratik. Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada kerajaan kelihatan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap kerajaan. Bagaimana inidividu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA. (Lihat surat terbuka saudara Zaid Ibrahim secara lengkap dalam pautan berikut:http://shura-asia.org/shura/modules.php?name=News&file=article&sid=256) Pada tahap ini nampaknya manusia berkenaan masih mengharapkan keadilan atau kezaliman nisbi dengan perundangan yang sangat tidak lengkap, tidak adil dan kurang berperikemanusiaan. Bilakah perumus undang-undang, rakyat dan hakim-hakim Muslim akan kembali kepada keadilan dan pola perundangan Ilahi? Jawapannya, sudah tentu bergantung kepada sampai di mana seluruh rakyat dan elit politik mereka mendapat keinsafan dan keyakinan semula terhadap keunggulan pola sistem perundangan Allah… sampai di mana mereka mahu kembali dengan tuntas kepada fitrah dan agama fitrah iaitu Islam dan perundangannya. Allah S.W.T menyesali kedegilan mereka dengan firmanNya: Maksudnya: “Masih belum tibakah lagi masanya untuk orang yang beriman itu khusyuk dan tunduk hatinya mengingati Allah dan (mematuhi) kebenaran yang telah diturunkan (oleh Allah)? Juga untuk tidak bersikap seperti golongan ahli kitab sebelum ini. Oleh kerana terlalu lama (mengalpakan ajaran Tuhan) hingga hati mereka menjadi keras. Manakala kebanyakan mereka adalah golongan yang fasiq.” Al-Hadid: 16 Keunggulan dan keadilan pola perundangan Islam sebenarnya telah dipudarkan oleh keadaan sosiopolitik yang muram di samping imej umat Islam yang diburukkan oleh media massa Timur dan Barat; sebagai pengganas dan perosak peradaban manusia. Serangan budaya dan ketenteraan yang dilancarkan kepada beberapa buah negara dan hampir ke seluruh dunia Islam ini telah memudarkan keyakinan sebahagian umat Islam sendiri terhadap ketelusan pola perundangan Ilahi. Sebab itu perjuangan untuk mengangkat martabat pola perundangan Allah adalah satu kewajipan semua umat Islam melalui usaha menobatkan sistem politik dan perundangan Islam di samping mengangkat dan mengamalkan nilai peradaban Islam yang unggul. Pola perundangan Tuhan yang adil ini juga sebenarnya menguntungkan semua rakyat yang bukan Islam dan lain-lain kerana sifat Islam itu sendiri sebagai agama pembawa rahmat dan keuntungan dunia akhirat kepada manusia dan jin (seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107). Sebab itu, nilai dan pola ajaran Islam memang boleh menjadi asas dan teras peradaban manusia sejagat. Mengenai hakim yang dimaksudkan dalam hadis sahih ialah hakim yang melaksanakan undang-undang syariah yang adil. At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Hakim itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga. Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya) maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.” At-Tirmidzi: 1244 Dalam perlaksanaan pola perundangan yang adil pun hanya satu kategori hakim yang dapat masuk syurga, maka apatah pula halnya dalam pola perundangan yang zalim. Pastinya tiada hakim yang selamat. Bahkan semuanya ke neraka, wal’iyazubillah (mohon berlindung dengan Allah). Tanggungjawab hakim tidak berakhir dengan menjatuhkan hukuman di dunia ini sahaja. Malah hakim akan dibawa ke hadapan pengadilan Ilahi di akhirat kelak. Allah S.W.T berfirman: Maksudnya: “Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil, pada hari Kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikit pun; dan jika amalnya itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan mendatangkannya untuk dihitung: dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.” Al-Anbiya’: 47 Dalam surah Al-Mutaffifin ayat 1-6 Allah S.W.T menegaskan: Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam?” Al-Mutaffifin : 1-6 Allah S.W.T mengingatkan kepada para hakim yang zalim dan pemerintah yang jahat dan kejam menerusi surah Ibrahim ayat 42-43: Maksudnya: “Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Allah hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.” Ibrahim : 42-43 (Rintihan dan penyesalan orang zalim tersebut ketika berhadapan dengan azab Allah di akhirat kelak dijelaskan pada ayat 44 hingga ayat 52, surah Ibrahim). Hakim-hakim ini sebenarnya hanya akan selamat apabila pola perundangan yang mereka praktikkan dalam perhakiman mereka ialah pola perundangan Ilahi dan mereka menurutinya dengan penuh kejujuran dan berintegriti. Perkara ini pula hanya akan terhasil sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan negara dengan kembalinya kepimpinan negara kepada golongan yang memihak kepada Islam dan perjuangan Islam serta mereka yang mahu meninggalkan fahaman kebangsaan sempit dan fahaman sekularisme yang sia-sia. Bagi hakim dan manusia yang ingin tunduk kepada perundangan yang adil, Allah S.W.T menjanjikan ganjaran berikut: Maksudnya: “Dan orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, mereka itu seperti orang Siddiqiin dan orang yang mati Syahid di sisi Allah; bagi mereka pahala dan cahaya mereka; dan orang yang ingkar dan mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.” Al-Hadid : 19 Ya Allah, selamatkanlah kami semua daripada hakim-hakim dan pemerintah yang zalim lagi aniaya. Selamatkan kami semua Ya Allah, daripada api neraka
  • Kejaksaan Negeri Bogor, muhammad ramdhan (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    AMANAH BUAT JAKSA AWALUDIN JANGAN MENCARI-CARI KESALAHAN ORANG LAIN Entah mengapa, ada dari kita yang selalu punya kecenderungan untuk menjadi sosok yang gemar sekali mencari-cari kesalahan orang lain. Lihat saja betapa mudahnya seseorang menuntut dan mengkritik orang lain. Sebenarnya boleh-boleh saja mengkritik teman atau siapa pun, tapi dalam menyampaikan kritik, saran atau sebuah koreksi, sebaiknya kita tetap menghormati orang yang kita kritik. Karena itu dalam menyampaikan informasi yang sifatnya sebuah koreksi, sebaiknya kita menyampaikannya dengan cara yang baik, ramah dan lembut. Dan jangan pernah menyampaikan dengan cara yang langsung menyudutkan dan menyalahkan, tapi kemukakanlah pendapat kita dengan cara yang baik, santun dan bijak. Berkatalah yang baik atau diam. Ya, kita sebagai manusia memang telah diberikan banyak sekali nikmat oleh Allah SWT termasuk nikmat dapat berbicara. Akan tetapi, banyak yang salah menggunakan nikmat ini. Mereka tidak mengerti bahwa mulut yang telah dikaruniakan oleh-Nya seharusnya dapat dijaga dengan baik dan digunakan hanya untuk kebaikan. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang beriman kepada Allah, hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Muttafaq ‘Alaihi) Lalu dalam hadist lain disebutkan: “Allah SWT memberi rahmat keapda orang yang berkata baik lalu mendapat keuntungan, atau diam lalu mendapat keselamatan.” (HR. Ibnul Mubarak) Demikianlah, lidah seseorang itu sangat berbahaya sehingga dapat mendatangkan banyak kesalahan. Imam Ghazali telah menghitung ada 20 bencana karena lidah antara lain berdusta, ghibah (membicarakan orang lain), adu domba, saksi palsu, sumpah palsu, berbicara yang tidak berguna, menertawakan orang lain, menghina orang lain, mencari-cari kesalahan orang lain, dsb. Dalam mengkritik, kita harus bijak, kita juga harus memusatkan perhatian pada kemampuan orang yang kita kritik. Carilah satu kelebihan dalam diri orang tersebut. Walaupun tampaknya dimata kita kemampuannya kecil/sepele dan kita masih bisa jauh lebih baik dari orang tersebut. Namun, cobalah bertanya pada diri sendiri, bagaimana bila kita berada di posisi orang yang kita kritik, tanpa mempertimbangkan sedikitpun, kebenaran dan kemampuannya? Kita juga harus memeriksa kembali apa motif kita mengkritik (tanyakan dengan jujur pada diri sendiri). Dan tanyakan juga apa keuntungan yang kita raih setelah mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain. Karena, apabila yang namanya kritik itu, hanyalah sebuah upaya untuk menonjolkan konsep tentang diri sendiri. Atau kadang untuk membuktikan bahwa kita lebih pintar dari orang yang kita kritik (yang kita cari-cari kesalahannya, kelemahannya). Jika motif kita seperti itu, maka segeralah berhenti untuk mengkritik dan mencari-cari kesalahan orang lain. Ketahuilah, tidak ada orang yang luput dari salah dan khilaf, dan begitupun diri kita. Daripada kita terus menerus menyibukkan dan melelahkan diri kita dengan mengorek-ngorek dan mencari-cari kesalahan dan kelalaian orang lain, yang bisa kita jadikan senjata untuk menyerangnya, bukankah lebih baik kita berpikir positif. Coba tanyakan dengan jujur pada diri kita sendiri, sudah mampukah kita berbuat lebih baik dari orang yang kita kritik atau kita cari-cari kesalahannya? Caranya hanya satu, yakni dengan pembuktian, lakukanlah ”sama persis” ”segala hal” yang dilakukan orang yang kita cari-cari kesalahannya. Kita buktikan pada diri sendiri dan dunia, apakah kita bisa melakukannya sama dengan orang yang kita cari-cari kesalahan/ kekurangannya, atau kita bisa melakukannya lebih baik dari orang tersebut? Semua ini hanya bisa diketahui dengan ”pembuktian”. Istilahnya, jangan cuma sekedar bisa meng-kritik atau mencari-cari kesalahan orang lain saja, coba lakukan terlebih dahulu, ”semua hal” yang dilakukan orang yang kita kritik atau yang kita cari-cari kesalahannya, kemudian lihat hasil yang kita capai, apakah hasil yang kita capai lebih baik darinya, sama dengannya atau lebih buruk darinya? Mampukah kita berbuat seperti dia, sebaik dia, atau lebih baik dari dia? Dan kalaupun ternyata kita memang mampu berbuat lebih baik daripada orang yang kita cari-cari kesalahannya/kritik, maka bersyukurlah, jangan sampai hal tersebut menjadikan kita ujub dan tidak berarti hal tersebut membolehkan kita meneruskan mencari-cari kesalahan orang lain, perhatikanlah hadits-hadits shahih terkait. Seorang ahli hikmah berkata, aku tidak pernah menyesali apa yang tidak aku ucapkan, namun aku sering sekali menyesali perkataan yang aku ucapkan. Ketahuilah, lisan yang nista lebih membahayakan pemiliknya daripada membahayakan orang lain yang menjadi korbannya. (mengutip perkataan, Dr. Aidh Bin Abdullah Al-Qarni. M.A.) Kita sebagai umat islam tidak berhak untuk mencari-cari kesalahan orang lain lalu menyebarkannya apalagi berusaha mempermalukan orang tersebut didepan umum, dengan menggunakan ilmu/kepandaian kita. Perhatikan sabda Rasulullah SAW berikut ini: ”Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, karena sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang kejelekan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara” (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563). Perhatikan firman Allah SWT berikut ini: ”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang” (QS. Al Hujuraat [49] : 12) Perhatikan sabda Rasulullah SAW berikut ini: ”Tahukah kalian apa itu ghibah? Jawab para sahabat : Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka kata Nabi saw: “engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya. Kata para sahabat: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Nabi SAW: Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibah-nya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya.”(HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935) Abdullah bin Umar ra menyampaikan hadits yang sama, ia berkata, ” suatu hari Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi :”Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari cari aurot mereka. Karena orang yang suka mencari cari aurot saudaranya sesama muslim, Allah akan mencari cari aurotnya. dan siapa yang dicari cari aurotnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya (HR. At Tirmidzi no. 2032, HR. Ahmad 4/420. 421, 424 dan Abu Dawud no. 4880. hadits shahih) (keterangan: yang dimaksud dengan aurot disini adalah aib/cela atau cacat, kejelekan dan kesalahan. Dilarang mencari cari kejelekan/kesalahan seorang muslim untuk kemudian diungkapkan kepada manusia – tuhfatul Ahwadzi). Dari hadits di atas dapat digambarkan dengan jelas pada kita betapa besarnya kehormatan seorang muslim. Sampai sampai ketika suatu hari Abdullah bin Umar ra memandang Ka’bah, ia berkata: ” Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya disisi Allah darimu. (HR Tirmidzi no. 2032) Jadi, sebaiknya kita memelihara perkataan dan perbuatan kita, memang tampaknya enak dan menyenangkan mengkritik orang lain, apalagi bila kita bisa menemukan celah dari hasil kita mengorek-ngorek kesalahan orang yang kita kritik, karena hal tersebut bisa kita jadikan senjata untuk melontarkan kritik kita. Tapi sebelum itu semua, cobalah terlebih dulu berusaha menjadi orang yang kita kritik, sangat penting untuk “melakukan sama persis, semua hal yang dilakukan orang yang kita kritik dan yang kita cari-cari kesalahannya” kita buktikan terlebih dahulu hasil pencapaian kita, apakah hasil yang kita capai sebaik dia, lebih baik dari dia, atau lebih buruk dari dia. Bagi seorang mukmin yang senantiasa merasa diawasi oleh Allah, wajib mengerti bahwa “perkataan” itu termasuk amalannya yang kelak akan dihisab: amalan baik maupun buruk. Karena pena Ilahi tidak meng-alpakan, tidak pernah lalai ataupun menghapuskan satupun perkataan yang diucapkan manusia. Ia pasti mencatat dan memasukkannya ke dalam buku amal. Ingatlah bahwa semuanya, kelak harus kita pertanggungjawabkan.
  • Kejaksaan Negeri Bogor, muhammad (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    Hakim Yang Tidak Adil Akan Menempah Tempat Duduknya di Neraka Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Setiap manusia akan dipersoalkan di hari akhirat nanti adakah semasa hidup di dunia ini dia melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT. Jika seorang manusia telah melakukan kezaliman dan tidak adil dalam memutuskan sesuatu perkara kepada manusia yang lain maka dia akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Manusia jangan berbangga dengan kezaliman yang dia lakukan kerana setiap kezaliman akan ada azab yang akan menantinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maaidah ayat 8) Allah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk selalu menegakkan kebenaran dan berlaku adil. Perlulah diingat doa orang yang dizalimi adalah makbul di sisi Allah SWT. Jika seseorang teranyanya dengan keputusan hakim yang tidak adil. Sekiranya hakim lebih cenderung kepada suatu pihak tanpa menimbangkan dengan adil pihak yang lain walaupun bukti-bukti yang dikemukakan diragui , maka hakim tersebut tidak jujur dan menyalahi amanah yang dipikulkan keatas dirinya. Dia akan mendapat balasan di dunia lagi dan di akhirat akan di azab dengan azab yang amat dahsyat sekali. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih) Menjadi seorang hakim wajib berlaku adil dan tidak boleh langsung berat sebelah untuk memutuskan seseorang bersalah atau tidak. Kerana semua bukti-bukti perlu di ambil kira samaada daripada pihak pendakwa atau pembela , kerana kegagalan seorang hakim berlaku adil sebenarnya dia menyedikan tempat duduknya di dalam neraka Jahanam. Sabda Nabi SAW maksudnya : "Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk syurga. Yang masuk syurga ialah yang mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang hak tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut, bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara, maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh, yang tidak mengetahui yang hak dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya, maka dia juga masuk neraka. (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ath-Thahawi) Sabda Nabi SAW maksudnya : " Lidah seorang hakim berada di antara dua bara api sehingga dia menuju syurga atau neraka. (Hadis Riwayat Abu Na’im dan Ad-Dailami) Seorang hakim tidak boleh membiarkan perasaan atau emosinya mempengaruhi keputusannya. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Janganlah hendaknya seorang hakim mengadili antara dua orang dalam keadaan marah." (Hadis Riwayat Muslim) Sahabat yang dimuliakan, Seorang hakim tidak akan berlaku adil jika dia condong untuk menjaga kepentingan suatu pihak terutama yang mempunyai pengaruh dan kedudukan di dalam masyarakat. Golongan pemimpin, hartawan dan bangsawan biasanya akan menggunakan pengaruhnya samaada berbentuk wang ringgit ataupun hubungan baik dengan pihak atasan untuk mendapat sokongan dan bantuan para hakim untuk memberi kemenangan bagi pihak mereka walaupun mereka berada dipihak yang bersalah. Nabi SAW sungguh murka apabila ada sahabat yang cuba menggunakan pengaruh peribadinya yang baik dengan Rasulullah SAW untuk menyelamatkan seseorang wanita bangsawan yang telah sabit kesalahan mencuri. Seorang wanita di zaman Rasulullah SAW sesudah pembukaan kota Mekah telah mencuri. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar tangan wanita itu dipotong. Usamah bin Zaid menemui Rasulullah SAW untuk meminta keringanan hukuman bagi wanita tersebut. Mendengar permintaan Usamah, wajah Rasulullah SAW langsung berubah. Baginda lalu bersabda maksudnya : “Apakah kamu akan minta pertolongan untuk melanggar hukum-hukum Allah Azza Wajalla?” Usamah lalu menjawab, “Mohonkan ampunan Allah untukku, ya Rasulullah.” Pada petang harinya Nabi SAW berkutbah setelah terlebih dulu memuji dan bersyukur kepada Allah. Inilah sabdanya yang bermaksud : “Amma ba’du. Orang-orang sebelum kamu telah binasa disebabkan bila seorang bangsawan mencuri dibiarkan (tidak dihukum), tetapi jika yang mencuri seorang yang miskin maka dia ditindak dengan hukuman. Demi yang jiwaku dalam genggaman-Nya. Apabila Fatimah anak Muhammad mencuri maka aku pun akan memotong tangannya.” Setelah bersabda begitu baginda pun kembali menyuruh memotong tangan wanita yang mencuri itu." (Hadis Riwayat Bukhari) Begitulah sabda Nabi SAW. Hukum harus ditegakkan tidak kira orang itu kaya atau miskin. Hukum harus dijalankan tidak kira dia orang asing atau anak kita sendiri. Tidak boleh kerana wang ringgit, orang kaya dan ternama atau seorang bangsawan boleh terlepas dari hukuman ataupun orang yang tidak bersalah cepat-cepat diputuskan bersalah walaupun bukti-bukti masih sama-samar dan meragukan. Hakim mesti menununjukkan kewibawaan dan bertindak secara profesional dan resional, jika tidak keharmonian masyarakat akan hancur dengan keputusan yang tidak adil. Segala bukti-bukti yang meragukan perlu ditolak dan di ambil hanya bukti yang sahih dan tidak menimbulkan keraguan. Para hakim kena ingat malaikat pencatat amal manusia ada dikiri dan kanan, CCTV Allah SWT sentiasa merakamkan keputusan mereka dengan semua makhluk Allah SWT termasuk bumi hari, masa, bangunan mahkamah dan anggota para hakim sendiri akan menjadi saksi yang adil . Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?" Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda SAW. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya." Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Rasuah adalah satu penyakit yang besar yang merosakkan keadilan di dalam masyarakat. Rasuah bukan setakat dijanjikan wang ringgit tetapi rasuah juga boleh diterima dengan janji-janji mendapat kenaikan pangkat dengan melakukan ketidak adilan demi kemaslahatan pihak atasan. Sehinggakan Allah SWT melarangnya di dalam al-Quran. Firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah ayat 188: Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” Orang-orang fasik akan menggunakan berbagai cara untuk mengaibkan seseorang dan menimbulkan berbagi fitnah demi untuk menjatuhkan seseorang yang dibenci samaada menggunakan cara-cara bidaah yang tidak ada dalam ajaran Islam. Orang fasik juga akan menggunakan semua cara samaada pengaruh, kedudukan dan kuasa untuk bertindak melakukan kezaliman kepada musuhnya atau sesiapa saja yang dia benci dengan berlindung di balik undang-undang dan saksi palsu. Seorang hakim harus mendengarkan seluruh keterangan dari semua pihak yang bersengketa. Tidak boleh berat sebelah. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bila dua orang yang bersengketa menghadap kamu, janganlah kamu berbicara sampai kamu mendengarkan seluruh keterangan dari orang kedua sebagaimana kamu mendengarkan keterangan dari orang pertama. (Hadis Riwayat Ahmad) Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah beserta seorang hakim selama dia tidak menzalimi. Bila dia berbuat zalim maka Allah akan menjauhinya dan syaitanlah yg selalu mendampinginya." (Hadis Riwayat Tirmidzi) Saksi Palsu atau berbohong adalah dosa besar. Bahkan Nabi SAW sampai menyamakannya dengan dosa syirik. Oleh itu hakim perlu meneliti semua persaksian jika ada keraguan persaksian tersebut daripada mana-mana pihak perlulah ditolak tidaklah dengan mudah menerimanya. Nabi SAW bersabda maksudnya : "Salah satu dosa paling besar ialah kesaksian palsu. (Hadis Riwayat Bukhari) Baginda bersabda maksudnya : : “Disejajarkan kesaksian palsu dengan bersyirik kepada Allah.” Baginda mengulang-ulang sabdanya itu sampai tiga kali. (Hadis Riwayat Mashabih Assunnah) Dalam Islam sekiranya seseorang itu ingin disabitkan dengan kesalahan zina atau liwath perlulah pihak pendakwaan membawa empat orang saksi Islam yang adil jika mereka gagal membawanya maka orang yang mendakwa perlu di hukum dengan hukum qazab iatu di rotan 80 kali dan persaksiannya tidak boleh diterima selama-lamanya. Bukti-bukti berbentuk DNA, Video, CCTV atau gambar tidak boleh digunakan sebagai saksi kerana semua benda tersebut boleh di manipulasi dan diubahsuai mengikut kehendak pihak yang mendakwa. Pihak hakim yang beriman dan takut kepada seksaan di hari akhirat tidak akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh mana-mana pihak dan akan bertindak dengan adil dan meletakkan maruah dirinya sebagai seorang yang amanah kepada Allah SWT. Sahabat yang dikasihi, Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan semua larangan-Nya. Jauhkan diri kita daripada fitnah dan mempercayai suatu berita yang belum tentu kebenarannya sehingga kita menzalimi diri kita sendiri. Berdoalah kepada Allah SWT semoga Allah SWT tidak menimpakan bala kepada kita semua disebabkan berlakunya kezaliman keatas seorang mukmin yang tidak berdosa . Walaupun hanya satu kejahatan manusia (melakukan kezaliman) apabila ianya menyebabkan Allah SWT murka maka diturunkannya bala dan musibah. Berlaku adillah kepada siapa saja jika kita diberikan amanah dan tanggungjawab kerana sifat adil mendekati takwa dan syurga sedangkan sifat zalim akan menyebabkan seseorang memasuki neraka.
  • Kejaksaan Negeri Bogor, muhamad (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    MUHAMAD Saya mau ingat kan kepada para jaksa......jangan membuat orang yang tidak salah menderita ....neraka dunia dan neraka jahanam nanti menanti kedatanganmu.........anda islam pasti hati kecil anda ngaku membuat orang jadi menderita......sadar lah. tobat....lah anda. Lahaulla wa laa quwata illa billah
  • Marcopolo Cimanggu Bogor, izna (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    harga masuk tiketnya berapa ya ?
  • Kantor Notaris Siti Aisyah SH. Jalan Pahlawan 88/162 Bogor. Notaris Terbaik di kota Bogor., Suci Haryani tulis 11 tahun yang lalu:
    Saya mau buat akta pendirian CV lengkap, apa yg harus dilengkapi dan berapa biayanya ?
  • Masjid Jami' Nurul falah, Waladan Mardijja (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    Alhamdulillaah We pray jama'ah here everyday.
  • Masjid Jami' Nurul falah, Waladan Mardijja (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    Alhamdulillaah We pray jama'ah here everyday.
  • Pasirkuda rt 3 rw 3, she fay (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    Klo kelurahan pasir kuda rt 02 rw 03, nama kampung'nya apa ya ? Ada yg tau gak ?
  • Griya Tajur Indah 2, Drfa (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    tipe dan harga berapa yg tersedia?
  • BCC KB10 No16, totok (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    RPW's
  • PMI Unit Transfusi Darah, m. zikky binanda (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    dibayar gak ni bro.... fast respon
  • kampung tarikolot RW 14 CITY ..., melia (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    maaf, boleh share informasi... lagi cari alamat menuju ke: jl. Batara Kampung parikolot, ciluar Bogor ada yang tahu,minta infonya ya all... terima kasih
  • Mitsubishi Prabu Pendawa Motor, sodrus (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    Butuh kendaraan mitsubishi hub sodrus 081905452120 atau pin BB 2B26175B
  • Kampus BSI di Bogor - Jl.Merdeka, Guzt Nazrul tulis 11 tahun yang lalu:
    websitenya apa yah kalau boleh tau? kasih tau dong
  • Kampus BSI di Bogor - Jl.Merdeka, heri hermawan (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    di internet kurang jelas masalah biaya dan waktu kuliah buat kelas karyawan,
  • Masjid Nurul Iman, Budi Agung, Pondok Pesantren, wawan (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    saya alumni tahun 2003-2005
  • Masjid Nurul Iman, Budi Agung, Pondok Pesantren, wawan (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    hehe, ingat kenangan di pondok dulu
  • Kantor Pelayanan Pajak Pratama Bogor, adi sutiawan (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    maaf mau nanya gimana bikin kartu NPWP bagai mana cara y ?
  • Pesantren Hilal Bogor, fadli (tamu) tulis 11 tahun yang lalu:
    saya kuliag di dramaga. mau mencari pondok pesantren. kira.kira ponpes ini jauh enggak dari kampus dramaga? punten